Nombor baharu
Beli SIM RM5 dahulu, kemudian pilih atau custom nombor sendiri dalam aplikasi Vibe. Selepas daftar, SIM terus boleh digunakan.
Lihat manfaat starter pack →Beli SIM starter RM5 dahulu. Kemudian pilih atau custom nombor baharu melalui aplikasi Vibe, ataupun kekalkan nombor lama melalui MNP. Pelan bermula RM17 dengan data sehingga 300GB.
Beli SIM RM5, kemudian pilih nombor baharu, kekalkan nombor lama atau atur penghantaran selepas stok disahkan.
Beli SIM RM5 dahulu, kemudian pilih atau custom nombor sendiri dalam aplikasi Vibe. Selepas daftar, SIM terus boleh digunakan.
Lihat manfaat starter pack →Mohon MNP menggunakan nombor aktif yang memang didaftarkan atas nama dan IC anda.
Lihat proses MNP →Runner hanya sekitar Ipoh. Untuk kawasan lain, pilih postage selepas bayaran SIM dan stok disahkan.
Lihat pilihan delivery →Setiap pelan sah selama 30 hari. Data rollover memerlukan auto-renew aktif dan tertakluk kepada had rasmi Vibe Mobile.
Pastikan auto-renew aktif dan baki kredit mencukupi semasa pembaharuan. Anda juga boleh menukar baki data yang layak kepada Vibe Reward Points.
*Kelajuan tertakluk kepada ketersediaan rangkaian dan keupayaan peranti.
Pilih jenis pendaftaran, cara menerima SIM dan pelan. Ringkasan akan dikemas kini sebelum dihantar ke WhatsApp.
Setiap pelanggan membeli SIM starter dahulu, kemudian memilih nombor baharu atau memindahkan nombor lama melalui MNP.
Beli SIM RM5 → pilih atau custom nombor dalam aplikasi Vibe → lengkapkan pendaftaran. Selepas aktif, anda menerima 1GB data berkelajuan tinggi, tempoh sah 5 hari dan 100 Reward Points.
Gunakan MyKad asal dan nombor lama yang masih aktif.
Nama dan IC mesti sama seperti rekod telco lama.
Customer perlu memberi persetujuan apabila SMS diterima.
Selepas berjaya masuk Vibe, barulah pelan internet dilanggan.
Selepas nombor baharu selesai didaftarkan, SIM boleh terus digunakan sementara anda memilih pelan yang sesuai.
Reload tersedia secara elektronik atau fizikal. Setiap RM1 reload menambah satu hari tempoh sah talian.
Kadar, denominasi dan manfaat tertakluk kepada kemas kini rasmi Vibe Mobile.
Walk-in di Ipoh, tempah rider dalam kawasan Ipoh atau pilih postage ke seluruh Malaysia.
Untuk penghantaran dalam kawasan Ipoh sahaja bagi mengelakkan caj rider terlalu tinggi.
Bayar SIM bersama caj postage sebelum bungkusan disediakan.
Originald Vaporverse • Taman CempakaLokasi pengambilan Vibe Mobile kami berada di sebelah Nasi Kandar Bharkat dan Kopi Saigon.
Pengambilan SIM mengikut waktu operasi di atas. WhatsApp boleh dihantar pada bila-bila masa.
Jawapan ringkas untuk proses pendaftaran, MNP, delivery dan liputan.
SIM starter berharga RM5. Bagi nombor baharu yang selesai didaftarkan, starter pack merangkumi 1GB internet berkelajuan tinggi, tempoh sah 5 hari dan 100 Reward Points. Pelan data dibeli berasingan selepas SIM aktif.
Boleh. Pelanggan boleh melihat nombor yang tersedia atau custom nombor pilihan sendiri melalui aplikasi Vibe Mobile. Pelan boleh dilanggan selepas SIM selesai didaftarkan.
Boleh melalui MNP. Nombor mesti aktif serta berdaftar atas nama dan IC customer sendiri.
Anggaran 1–2 hari selepas permohonan dan pengesahan SMS, tertakluk kelulusan telco asal.
Jika gagal kerana nama, IC atau maklumat pemilik tidak sepadan dengan rekod telco asal, tiada refund atau gantian SIM. Customer perlu membeli SIM baharu atau menggunakan nombor lain yang layak.
Boleh untuk kawasan Ipoh sahaja bagi mengelakkan caj penghantaran terlalu tinggi. Customer bayar SIM dahulu, admin sahkan stok, kemudian customer tempah dan tanggung caj rider sendiri.
Ada: RM7 untuk Semenanjung Malaysia dan RM15 untuk Sabah & Sarawak.
Tiada COD buat masa ini, tetapi pelanggan boleh mengurus sendiri pembelian SIM dengan penghantaran menggunakan GrabExpress atau Lalamove selepas bayaran SIM dan stok disahkan.
Bawa MyKad asal dan gunakan maklumat sendiri yang sah. Untuk MNP, nombor lama mesti berdaftar atas nama pemilik IC yang sama.
Vibe Mobile menggunakan rangkaian U Mobile ULTRA5G. Semak kawasan anda melalui peta liputan rasmi U Mobile. Liputan dan kelajuan sebenar bergantung kepada kawasan, peranti, bangunan dan keadaan rangkaian.
Laman dealer ini dimiliki serta dikendalikan oleh Originald Legacy (IP0539997-V). Dengan membuat tempahan atau pembayaran, pelanggan mengesahkan maklumat produk dan syarat berkaitan telah dibaca serta dipersetujui.
Produk yang dijual ialah SIM starter Vibe Mobile pada harga RM5. Selepas nombor baharu didaftarkan, starter pack merangkumi 1GB internet berkelajuan tinggi, tempoh sah 5 hari dan 100 Reward Points. Kadar Pay Per Use ialah RM0.30 seminit untuk suara dan RM0.15 bagi setiap SMS. Reload tersedia dalam denominasi RM5, RM10, RM30 dan RM50; setiap RM1 menambah satu hari tempoh sah sehingga maksimum 365 hari. Harga SIM tidak termasuk pelan internet. Semua kadar dan manfaat tertakluk kepada kemas kini rasmi Vibe Mobile.
Pelan bulanan sah selama 30 hari. Semua pelan bulanan yang dipaparkan mempunyai data rollover, tertakluk kepada auto-renew aktif, baki kredit mencukupi dan had rasmi Vibe Mobile. Baki dibawa ke bulan berikutnya sahaja. Kuota booster tidak boleh dibawa ke bulan seterusnya. Vibe47 sahaja menyokong data sharing kepada maksimum satu talian layak yang berdaftar bawah dokumen pengenalan sama.
Pelanggan boleh melihat nombor yang tersedia atau custom nombor pilihan sendiri melalui aplikasi Vibe Mobile. Pendaftaran mesti menggunakan MyKad asal, maklumat sendiri dan nombor telefon yang sah. Ketersediaan nombor tertakluk kepada pilihan semasa dalam aplikasi.
Nombor MNP mesti masih aktif serta berdaftar atas nama pemilik IC yang sama. Pelanggan perlu mengesahkan SMS daripada telco asal. Tempoh proses ialah anggaran 1–2 hari dan tertakluk kepada kelulusan telco asal.
Jika MNP ditolak kerana nama, nombor IC atau maklumat pemilik tidak sepadan, perkara itu bukan kesilapan penjual. Tiada refund atau gantian SIM. Pelanggan perlu membeli SIM baharu atau mengemukakan nombor lain yang layak.
Bayaran diterima melalui cash di kedai, DuitNow QR atau bank transfer. Stok tidak direserve sehingga bayaran diterima dan admin mengesahkan tempahan.
Walk-in dan pengambilan SIM adalah pada Isnin hingga Sabtu, 11:00 pagi hingga 11:30 malam. Premis tutup pada hari Ahad. GrabExpress atau Lalamove hanya ditawarkan dalam kawasan Ipoh; pelanggan menempah serta menanggung caj rider sendiri. Kami mengambil gambar SIM dan rider semasa serahan sebagai rekod. Selepas diserahkan, perjalanan penghantaran ialah tanggungjawab pelanggan dan rider. Postage ialah RM7 Semenanjung atau RM15 Sabah & Sarawak. Tiada COD buat masa ini.
SIM yang telah dibeli, diterima, dihantar atau didaftarkan tidak boleh dipulangkan dan pembayaran tidak dikembalikan, kecuali terdapat kecacatan teknikal pada SIM sebelum pendaftaran selesai.
Vibe Mobile menggunakan rangkaian U Mobile ULTRA5G. Liputan, 4G/5G, kelajuan dan latency berubah mengikut kawasan, peranti, bangunan, kesesakan serta keadaan rangkaian. Semak melalui peta liputan U Mobile.
Originald Legacy, 95, Regat Sri Cempaka, Taman Cempaka 31400 Ipoh, Perak. Kedai berada di dalam Originald Vaporverse, sebelah Nasi Kandar Bharkat dan Kopi Saigon. WhatsApp 014-3123456 atau e-mel [email protected].
Laman ini dimiliki dan dikendalikan oleh Originald Legacy (IP0539997-V). Polisi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, menyimpan, melindungi dan menzahirkan data peribadi selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] (PDPA).
Kami mungkin menerima nama, nombor WhatsApp, nombor telefon, alamat penghantaran, e-mel, butiran pendaftaran, bukti pembayaran serta rekod komunikasi yang pelanggan berikan bagi tujuan perkhidmatan.
Dengan memberikan maklumat melalui laman, WhatsApp atau saluran pembayaran, pelanggan memahami dan bersetuju data tersebut diproses bagi tujuan yang dinyatakan. Jika maklumat wajib tidak diberi, kami mungkin tidak dapat memproses tempahan, pendaftaran atau MNP.
Maklumat digunakan untuk menyemak stok, mengesahkan tempahan dan pembayaran, mengurus pendaftaran dan MNP, menyediakan penghantaran, menjawab pertanyaan, mencegah penipuan serta menyimpan rekod transaksi.
Pelanggan hendaklah hanya memberikan maklumat pengenalan melalui saluran yang diarahkan oleh admin. Kami tidak meminta OTP akaun bank, kata laluan peribadi atau butiran kad bank pelanggan.
Maklumat hanya dikongsi apabila diperlukan dengan pihak berkaitan bagi menyelesaikan pendaftaran Vibe Mobile, MNP, pembayaran atau penghantaran. Kami tidak menjual data pelanggan kepada pihak ketiga.
Kami mengambil langkah munasabah untuk melindungi maklumat daripada akses, kehilangan, penyalahgunaan atau pendedahan tanpa kebenaran. Rekod disimpan selama diperlukan bagi operasi, transaksi atau pematuhan undang-undang.
Customer menempah GrabExpress atau Lalamove sendiri. Maklumat penghantaran yang dimasukkan ke aplikasi rider tertakluk kepada polisi penyedia penghantaran tersebut.
Pelanggan boleh meminta akses atau pembetulan maklumat yang tidak tepat, tertakluk kepada keperluan pengesahan identiti, pendaftaran serta rekod transaksi yang sah.
Polisi ini boleh dipinda apabila operasi, undang-undang atau keperluan perkhidmatan berubah. Tarikh kemas kini terkini dipaparkan pada bahagian atas dokumen ini.
Pertanyaan privasi boleh dihantar kepada 014-3123456 atau [email protected].